Monday 20 February 2017

Filled Under:

SAYU : KAIN PELIKAT DIGUNKAN UNTUK AKHIRI HIDUP NYA DI BILIK AIR .. INI PUNCA KEMATIAN AMIN PELAJAR KUIN (8GAMBAR)

 

BALING : Penghuni asrama lelaki Kolej Kuin dikejutkan dengan kematian tragis Wan Mohd Amin Ramli,21 tahun malam tadi.

Mangsa berusia 21 tahun berasal dari Bachok Kelantan dan dikatakan mengalami kemurungan sebelum kejadian pukul 11 malam tadi.

Harian metro melaporkan Penuntut Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Kuala Ketil, ditemui tergantung di dalam bilik air asramanya, malam tadi.





Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shariffuddin Yusuf berkata, dalam kejadian 11 malam itu lelaki berusia 21 tahun itu ditemui tergantung dengan kain pelikat oleh rakan sebilik.

Menurutnya, mangsa kemudian dibawa turun oleh rakannya sebelum memaklumkan kepada pihak pengurusan KUIN yang kemudian menghubungi pihak polis.

“Mangsa menggunakan kain pelikat sebagai tali untuk menggantung diri.

“Mangsa adalah penuntut tahun pertama jurusan sarjana muda syariah berasal dari Kelantan,” katanya.

Katanya, mayat dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk bedah siasat. 




0 comments:

Post a Comment