Pakai topi keledar Shoei, RXZ ‘sarung’ sport rim dan penunggangnya gadis berpurdah. ‘Harus’ ia menjadi ‘viral’ apabila gambar berkenaan dimuat naik di Facebook (FB) dan Harian Metro (HM) dapat menghubungi empunya diri, sekali gus membongkar kisahnya.
Farhah Aimuni Ahmad Fauzi, 18, yang menetap di Temerloh, Pahang berkata, gambar itu dimuat naik ibunya di FB.
“Beberapa jam selepas ibu muat naik gambar saya di FB akaun miliknya, ramai kawan menelefon saya memberitahu ia menjadi ‘viral’.
“Sejak itu, apabila saya ke kedai ada orang nak bergambar. Saya jadi malu dan tidak selesa,” katanya.
Menurut Farhah, dia ada sebab tersendiri berpurdah.
Katanya, akibat diganggu ‘Mat Motor’ ketika menunggang motosikal kesayangannya itu membuat dia mengambil keputusan berkenaan.
“Sebelum berpurdah saya pernah dikacau ‘Mat Motor’. Saya tidak selesa dan tidak mahu nampak seperti gadis bermasalah sosial.
“Justeru, saya pakai purdah supaya tidak dipandang negatif,” katanya.
0 comments:
Post a Comment