Tuesday 14 February 2017

Filled Under:

SAYU : PERAGUT KEJAM .. WANITA BERGELAR IBU INI MAUT BERLUMUR DARAH DIRAGUT PAGI TADI (6GAMBAR)


Bachok : Seorang wanita bergelar ibu maut terjatuh dari motosikal semasa di ragut dalam perjalanan ke tempat kerja nya dalam kejadian pukul 8 di jalan belakang IKTBN Bachok.

Wanita yang dikenali dengan nama Siti Rohani Binti Abdul Wahab berasal dari Kg Aur, Telong meninggal ditempat kejadian akibat cedera parah di kepala.



Punca sebenar kejadian  dan identiti mangsa masih disiasat oleh pihak berwajib, salam takziah kepada keluarga wanita ini semoga roh nya dicucuri rahmat. Al fatihah - info penuh menyusul 

Bachok: Seorang mangsa ragut maut selepas terbabit kemalangan ketika mengejar penjenayah itu dalam kejadian di Kampung Pak Elong, Tangok, di sini, hari ini.
Dalam kejadian 8.15 pagi itu, Siti Rohani Wahab, 54, maut akibat parah di kepala selepas motosikalnya terlanggar tiang elektrik ketika mengejar peragut.
Saksi, Syuhada Abd Malik, 24, berkata, ketika kejadian dia sedang bersarapan di kedainya dan melihat motosikal mangsa dari arah Kampung Telong ke Universiti Malaysia Kelantan dihimpit seorang lelaki sebelum terlanggar tiang elektrik.
"Saya berlari ke arah mangsa yang terbaring di jalan dan mendapati dia sudah menghembuskan nafas terakhir," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kelantan Senior Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, sebelum kemalangan, beg mangsa yang diletakkan di dalam raga motosikal diragut seorang lelaki.
"Mangsa mengejar suspek sejauh 800 meter sebelum terlanggar tiang elektrik dan terjatuh," katanya.

Beliau berkata, jenazah dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.




0 comments:

Post a Comment