Mohd. Azahar Abdul Karim, 46, mengingatkan Muhammad Firdauz Danish, 16, supaya tinggal di rumah menjaga adik-beradiknya kerana dia dan isteri perlu ke Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur pukul 10 malam semalam untuk menghantar anak saudaranya yang sakit.
“Saya ingatkan dia menjaga kakak dan adik-adiknya kerana Muhammad Firdauz yang merupakan anak keempat daripada enam adik beradik merupakan anak lelaki paling tua.
“Namun apabila saya pulang pukul 1 pagi tadi, anak saya yang lain memberitahu Muhammad Firdauz tiada di rumah dan tidur di rumah rakannya,” katanya ditemui di pekarangan rumah mayat Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini sebentar tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, Muhammad Firdauz bersama-sama sekumpulan remaja yang berada berhampiran di jalan berkenaan maut dilanggar sebuah kereta selain dua lagi kritikal sementara enam yang lain cedera.
Mohd. Azahar yang bekerja sebagai pengawal keselamatan berkata, keluarganya mengetahui kejadian itu pukul 4.30 pagi tadi selepas seorang rakan anaknya datang ke rumahnya di Taman Damai Jaya memaklumkan kejadian tersebut. Al fatihah