Saturday 18 February 2017

Filled Under:

SAYU : SELAMAT JALAN SUAMI KU .. ANAK KITA HADIR KEDUNIA SAYANG PERGI BUAT SELAMANYA MAUT LANGGAR TRELER ROSAK (6GAMBAR)


Pendang : Setiap apa yang berlaku ada hikmah nya walaupun pahit ini lah yang terpaksa dihadapi oleh seorang isteri diri nya kini kini masih dalam pantang melahirkan anak sulung nya.
Puan Tariah dikejutklan dengan apa yang berlaku menimpa suaminya, suaminya Khairul Fahmi maut apabila motosikal yang ditunggang nya merempuh treler yang berhenti dilorong kecemasan lebuhraya NSE semalam.
Harian metro melaporkan seorang penunggang motosikal Yamaha LC 135 maut selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 55 di Lebuhraya Utara-Selatan (NSE) arah utara petang tadi.
Dalam kejadian jam 3.17 petang itu, mangsa, Kharul Fahmi Osman, 31, berasal dari Pekan, Pahang, maut di tempat kejadian selepas merempuh belakang treler itu yang berhenti di lorong kecemasan akibat mengalami kerosakan.




Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Suprintendan Fadzil Hashim berkata, siasatan awal pihaknya mendapati pemandu treler berusia 29 tahun itu memberhentikan kenderaannya di lorong kecemasan sebelah kiri di lebuh raya itu sebelum menghubungi pihak PLUS Malaysia Berhad (PLUS) meminta bantuan.
Menurutnya, bagaimanapun 20 minit kemudian lelaki terbabit tiba-tiba mendengar satu dentuman kuat di belakang trelernya sebelum dia memeriksa dan melihat sebuah motosikal ditunggang mangsa merempuh treler itu.
"Mangsa yang mengalami kecederaan parah meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat.
"Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya ketika dihubungi tadi.

Semoga Puan Tariah dan keluarga serta keluarga mertua nya tabah dengan apa yang menimpa arwah suaminya semoga suami nya bersama-sama insan yang diredahi Allah. Al fatihah 




0 comments:

Post a Comment